An Inline Comment was posted on the text below
Scroll down for the comments
Salam Ukhwah semua.....Semalam (3/8/08 - Ahad) seperti yang dijadualkan, 2nd Official Meeting telah berlangsung di rumah Hadi. Tetapi tidak seperti yang diharapkan, hanya 3 org AJK yang hadir....Sebenarnya, ikhlas K.Bie nk tanya korang....reunion ni betul2 nak diadakan ke x? Kalau memang betul2 nak adakan reunion ni, K.Bie minta sangat2 kerjasama korang khususnya AJK PERINGKAT TERTINGGi untuk sama-sama bekerjasama, bagi komitmen sikit dengan menghadiri meeting dan memastikan segalanya berjalan. Kalau setakat 3 orang yang datang, nak gerakkan semua ni.....nampaknya tak ada musyawarah & persepakatanlah antara kita ni. K.Bie faham semuanya dah ada komitmen kerja, tanggungjawab family, dan masa korang amat2lah berharga....but, please....ini pun satu tanggungjawab yang perlu kita sama-sama pastikan ianya DIGALAS BERSAMA. K.Bie xnak bila majlis dah berlangsung, ada yang tak dapat memenuhi kehendak korang, mulalah ada cakap2 belakang.....sedangkan semasa perancangan, susah kami nak dapatkan kerjasama korang. Kalaulah tak dapat datang meeting seperti yang dirancangkan, apa salahnya menghubungi kami menyatakan sebab2 tidak dapat hadir
(cuma 2,3 orang saje yang berbuat demikian) ataupun hantar wakil. So sekali lagi K.bie mintak KERJASAMA AJK TERTINGGI dan AJK TERLIBAT untuk sama-sama menggalas tanggungjawab dan memberi sedikit komitmen sekiranya betul2 mahu kan reunion kita ini dapat diadakan.